Isnin, 27 April 2009

Gambar-Gambar Temasya Sukan Tahunan Ke-8, SK Puncak Alam, Selangor.

Temasya sukan tahunan kali yang ke-8 telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu 25 April dan Ahad 26 April 2009. Temasya sukan ini telah terbahagi kepada dua aturcara :
Pada hari Sabtu 25 April bertumpu kepada Sukan Sukaneka Tahun 1,2 dan 3 serta Taska dan Kelas Pendidikan Khas. Beberapa tapak gerai khas juga telah disediakan pada hari tersebut seperti Bank Rakyat Malaysia dan juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pasukan Medic UiTM, Shah Alam.
Manakala pada hari Ahad 26 April bertumpu pula kepada acara olahraga , penyampaian hadiah Ceriaton dan juga upacara pembukaan rasmi sukan SK Puncak Alam oleh Yang Berhormat ADUN Jeram , Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro . Dengan cuaca yang cerah dan agak panas sedikit pada kedua-dua hari tersebut, namun ianya tidak melemahkan semangat murid-murid dan juga para guru untuk memastikan temasya sukan ini dapat dijayakan dengan cemerlangnya.
Syabas juga diucapkan kepada pihak ibu bapa yang sanggup menunggu dengan sabar sehingga saat akhir temasya sukan ini dijalankan.
Ketibaan tetamu kehormat YB Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro diiringi oleh Guru Besar, YDP PIBG dan juga Setiausaha PIBG sekolah.
Ucapan oleh Yang Berbahagia Guru Besar SK Puncak Alam , En.Supardi Bin Buniran
Ucapan oleh Yang Berbahagia YDP SK Puncak Alam , En. Mohd Asri Abdul Hamid
Ucapan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro untuk acara perasmian temasya sukan tahunan sekolah kali ke- 8.
Upacara melepaskan belon bagi menandakan perasmian Temasya Sukan SK Puncak Alam bagi kali ke-8 oleh yang berhormat Dato' Amiruddin.
Upacara penyampaian hadiah Ceriaton berupa 6 buah basikal, MP3 dan MP4
Upacara perbarisan RUMAH sedang dijalankan
Upacara ikrar sukan oleh ketua-ketua rumah
Yang Berhormat Dato' mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan peserta perbarisan
Acara dance selingan oleh murid-murid sekolah sedang berlangsung
Kedudukan terkini rumah yang didahului oleh rumah BIRU

Acara tarik tali sedang berlangsung


Tahniah buat Rumah BIRU Nilam yang menjadi juara keseluruhan temasya sukan sekolah kali ke -8.

ACARA SUKAN SUKANEKA PADA HARI PERTAMA TEMASYA SABTU 25 APRIL


Kanak-kanak kelas persediaan Pra- sekolah sedang berkumpul untuk mengambil bahagian

Salah satu acara sukan untuk murid-murid Pra-sekolah

YDP PIBG En. Mohd Asri yang bertugas sebagai pegawai sukan

Upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid Pra-Sekolah

Salah satu acara sukan untuk kelas pendidikan khas


Murid-murid pendidikan khas yang mengambil bahagian sedang dibantu oleh penjaga

Pemeriksaan Kesihatan percuma oleh Pasukan Medic UiTM

Bank Rakyat juga tidak ketinggalan untuk membuka gerai pamiran mereka

Gerai minuman guru-guru

PENGHARGAAN

Dengan penuh takzim dan rasa syukur, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada:

YB.Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro DPMS, ASA

ADUN JERAM, KUALA SELANGOR

En. Supardi Bin Buniran

Guru Besar SK Puncak Alam

En. Mohamad Asri Bin Abdul Hamid

Yang Dipertua PIBG

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Puncak Alam

Guru-guru dan Kakitangan SK Puncak Alam

Dermawan dan Sukarelawan

SERTA

Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan Kali ke - 8, 2009 ini dengan jayanya.

Bagi Pihak Sekolah dan PIBG SK Puncak Alam

TERIMA KASIH DAUN KELADI

TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Disediakan oleh :

Juragan

2 ulasan:

  1. Salam..

    Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan sukan tahunan sekolah kali ke-8 dengan cemerlangnya. Apa yang saya dapat lihat dikejohanan temasya sukan ini adalah kekuatan mental anak-anak murid mengharungi semua acara sukan dibawah panas terik cahaya matahari dan saya kagum dengan semangat mereka. Dilihat anak-anak murid begitu ceria sekali bersukan tanpa menghiraukan keadaan padang yang pada pandangan saya agak merbahaya bagi kanak-kanak sekolah. Keadaan padang dimana dikebanyakkan permukaannya tidak berumput, keras dan berbatu-batu. Sejak dari temasya sukan kali pertama sehinggalah sekarang, begitulah keadaan padang sukan. Saya rasa sudah sampai masanya pihak sekolah dan PIBG berbuat sesuatu memohon kepada Kementerian Pendidikan agar keadaan padang sekolah dapat diperbaiki supaya tidak lagi merbahaya kepada kanak-kanak sekolah. Mungkin perlu ditambak tanah dan ditanam rumput baru. Tahniah sekali lagi kepada pihak sekolah.
    Wassallam.

    Juragan

    BalasPadam
  2. Tahniah,,,,,korang berjaya mengadakan sukan tahunan dgn meriah Moga cemerlang lagi dgn aktiviti2 yg lain.......NORSHAHRIZAL AHMAD X-TEACHER SK PUNCAK ALAM

    BalasPadam