Ahad, 12 Julai 2009

Penularan Infuenza A (H1N1): Jangan Pentingkan Diri

Sek.Keb.uncak Alam : Dua buah kelas SK.Puncak Alam diarahkan tutup oleh Kementerian Pendidikan Kuala Selangor dan juga dari Kementerian Kesihatan Daerah Kuala Selangor bermula dari 7 Julai sehingga 13 Julai. Ini adalah berikutan penularan virus " import " Influenza A (H1N1) yang disahkan positif oleh Hospital Sungai Buloh terhadap dua orang murid SK.Puncak Alam iaitu seorang di Kelas 4 Cekal dan seorang lagi di Kelas 1 Dinamik.

Di percayai kedua-dua orang murid ini adalah adik beradik yang baru pulang bersama keluarga mereka dari melawat Indonesia pada minggu sebelum itu. Kesemua murid-murid di kedua-dua kelas tersebut dikenakan " kuarantin di rumah " selama seminggu sehingga 13 Julai ini. Jika tiada jangkitan, murid-murid di benarkan datang semula ke sekolah pada 14 Julai ini.

Kita amat kesal dengan sebilangan masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan enggan patuh dengan arahan kerajaan supaya tidak keluar negara yang berisiko tinggi diserangi wabak ini. Rakyat Malaysia kini bimbang kes ini merebak ke negeri, daerah dan kampung mereka. Apa yang paling membimbangkan rakyat ialah kes ini tidak dapat dikawal lagi.

Walaubagaimanapun kita berasa sedikit lega di atas kesungguhan, komitmen dan tindakan segera yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menghalang penularan penyakit ini. Kita harap pihak kerajaan mendesak rakyat supaya menangguh dahulu hasrat bercuti, menyambung pelajaran dan menjalankan tugas ke mana-mana destinasi di luar negara.

Kerajaan juga mesti mengharamkan sama sekali lawatan rakyat negara ini ke negara yang amat berisiko tinggi wabak ini seperti Amerika, Australia dan Mexico. Begitu juga dengan negara-negara berisiko yang lain. Mencegah adalah lebih baik sebelum ianya menjadi parah.

Juragan

Ahad, 17 Mei 2009

Selamat Menyambut Hari Guru

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru-guru di SK Puncak Alam dan seluruh guru-guru di Malaysia diatas segala jasa dan pengorbanan mereka di dalam mendidik seluruh anak bangsa.Tidak lupa juga buat semua sahabat dan semua kenalan maya atau guru-guru yang sedang melayari blog kerdil ini. Saya ucapkan Selamat Hari Guru. Terimalah sebuah puisi khas buat guru-guru semua .
Angin…
Sampaikan simpulan lagu ini…
Katakanlah…atau bisikkan pada mereka..
Ada hati yang menyanjungi..
Ada jiwa yang menagih bakti…
Betapa setianya suara ombak dipantai memecah kesunyian..
Betapa itulah kasih sayangmu dalam mendidik hatiku..
Betapa mulia hatimu guruku.
Tanpa penat dan jemu…mencurahkan segala ilmu.
Engkaulah pelita pemberi cahaya,
Engkaulah pemberi paling setia,
Engkau hidangkan ilmu dalam bejana paling istimewa,
Buat santapan akal dan jiwa murid mu yang selalu dahaga.
Guruku..
Tanpamu …siapalah aku.
Butalah mata tidak nampak cahaya..
Hilanglah arah ke puncak jaya.
Jasa dan pengorbananmu amatlah berharga.
Sesungguhnya..selalu ku ingat pesanmu guru ;
"Lembut hati itu wazir ilmu,
Kasih sayang itu bapa ilmu,
Merendah diri itu pakaian ilmu
"Selamat hari guru….
Terima kasih cikgu….
Nukilan : Sangtawal Sakranta….
Juragan

Isnin, 27 April 2009

Gambar-Gambar Temasya Sukan Tahunan Ke-8, SK Puncak Alam, Selangor.

Temasya sukan tahunan kali yang ke-8 telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu 25 April dan Ahad 26 April 2009. Temasya sukan ini telah terbahagi kepada dua aturcara :
Pada hari Sabtu 25 April bertumpu kepada Sukan Sukaneka Tahun 1,2 dan 3 serta Taska dan Kelas Pendidikan Khas. Beberapa tapak gerai khas juga telah disediakan pada hari tersebut seperti Bank Rakyat Malaysia dan juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pasukan Medic UiTM, Shah Alam.
Manakala pada hari Ahad 26 April bertumpu pula kepada acara olahraga , penyampaian hadiah Ceriaton dan juga upacara pembukaan rasmi sukan SK Puncak Alam oleh Yang Berhormat ADUN Jeram , Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro . Dengan cuaca yang cerah dan agak panas sedikit pada kedua-dua hari tersebut, namun ianya tidak melemahkan semangat murid-murid dan juga para guru untuk memastikan temasya sukan ini dapat dijayakan dengan cemerlangnya.
Syabas juga diucapkan kepada pihak ibu bapa yang sanggup menunggu dengan sabar sehingga saat akhir temasya sukan ini dijalankan.
Ketibaan tetamu kehormat YB Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro diiringi oleh Guru Besar, YDP PIBG dan juga Setiausaha PIBG sekolah.
Ucapan oleh Yang Berbahagia Guru Besar SK Puncak Alam , En.Supardi Bin Buniran
Ucapan oleh Yang Berbahagia YDP SK Puncak Alam , En. Mohd Asri Abdul Hamid
Ucapan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro untuk acara perasmian temasya sukan tahunan sekolah kali ke- 8.
Upacara melepaskan belon bagi menandakan perasmian Temasya Sukan SK Puncak Alam bagi kali ke-8 oleh yang berhormat Dato' Amiruddin.
Upacara penyampaian hadiah Ceriaton berupa 6 buah basikal, MP3 dan MP4
Upacara perbarisan RUMAH sedang dijalankan
Upacara ikrar sukan oleh ketua-ketua rumah
Yang Berhormat Dato' mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan peserta perbarisan
Acara dance selingan oleh murid-murid sekolah sedang berlangsung
Kedudukan terkini rumah yang didahului oleh rumah BIRU

Acara tarik tali sedang berlangsung


Tahniah buat Rumah BIRU Nilam yang menjadi juara keseluruhan temasya sukan sekolah kali ke -8.

ACARA SUKAN SUKANEKA PADA HARI PERTAMA TEMASYA SABTU 25 APRIL


Kanak-kanak kelas persediaan Pra- sekolah sedang berkumpul untuk mengambil bahagian

Salah satu acara sukan untuk murid-murid Pra-sekolah

YDP PIBG En. Mohd Asri yang bertugas sebagai pegawai sukan

Upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid Pra-Sekolah

Salah satu acara sukan untuk kelas pendidikan khas


Murid-murid pendidikan khas yang mengambil bahagian sedang dibantu oleh penjaga

Pemeriksaan Kesihatan percuma oleh Pasukan Medic UiTM

Bank Rakyat juga tidak ketinggalan untuk membuka gerai pamiran mereka

Gerai minuman guru-guru

PENGHARGAAN

Dengan penuh takzim dan rasa syukur, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada:

YB.Dato' Hj. Amiruddin Bin Setro DPMS, ASA

ADUN JERAM, KUALA SELANGOR

En. Supardi Bin Buniran

Guru Besar SK Puncak Alam

En. Mohamad Asri Bin Abdul Hamid

Yang Dipertua PIBG

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Puncak Alam

Guru-guru dan Kakitangan SK Puncak Alam

Dermawan dan Sukarelawan

SERTA

Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan Kali ke - 8, 2009 ini dengan jayanya.

Bagi Pihak Sekolah dan PIBG SK Puncak Alam

TERIMA KASIH DAUN KELADI

TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Disediakan oleh :

Juragan

Rabu, 22 April 2009

Sukan Tahunan SK Puncak Alam Kali Ke-8 & Karnival Mesra PIBG

Sukacita di maklumkan bahawa Sukan Tahunan Sekolah SK Puncak Alam kali ke-8 dan Karnival Mesra PIBG akan diadakan pada:

Hari : 25 April ( Sabtu ) & 26 April ( Ahad )

Masa : Bermula jam 08.00 Pagi.

Perasmian Sukan Tahunan Kali Ke-8 dan Karnival Mesra PIBG serta Pelancaran Projek Khas Rest & Reading Community Center ( R&R COM.CENT ) Persatuan PIBG SK Puncak Alam akan di lakukan oleh :

Yang Berhormat Dato' Haji Amiruddin Bin Setro ( ADUN Selangor, Kawasan Jeram)

Pada : 26 April ( Ahad )

Jam : 09.00 Pagi

Tempat : Padang SK Puncak Alam & Gerai PIBG SK Puncak Alam

Semuga dengan kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan diharap dapat memeriahkan lagi acara temasya Sukan tahunan sekolah dan juga Karnival PIBG Sekolah.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

b/p En. Md Arrif bin Hairomam

Setiausaha Kehormat PIBG

SK Puncak Alam.

Selangor Darul Ehsan

Jumaat, 17 April 2009

Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-3/2009 SK Puncak Alam


Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat AJK PIBG kali ke - 3 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 19 April 2009
Hari : Ahad
Masa : 09:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPA

Kehadiran Tuan / Puan AJK PIBG sangat-sangat dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

b/p

EN. MD ARIFF BIN HAIROMAN PJK,PPC,PPS, PPB
Setiausaha Kehormat PIBG SK Puncak Alam

Isnin, 9 Mac 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MISI

Kementerian Pelajaran Malaysia
"Mewujudkan sistem Pendidikan yang terbaik
untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi
bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan Negara"

AGENDA

Pengisian Wawasan Pendidikan

PERPADUAN
STAIL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
PERKHIDMATAN PENYAYANG
EMPOWERMENT
BUDAYA ILMU
SEKOLAH PENYAYANG
BUDAYA CEMERLANG