
Di percayai kedua-dua orang murid ini adalah adik beradik yang baru pulang bersama keluarga mereka dari melawat Indonesia pada minggu sebelum itu. Kesemua murid-murid di kedua-dua kelas tersebut dikenakan " kuarantin di rumah " selama seminggu sehingga 13 Julai ini. Jika tiada jangkitan, murid-murid di benarkan datang semula ke sekolah pada 14 Julai ini.
Kita amat kesal dengan sebilangan masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan enggan patuh dengan arahan kerajaan supaya tidak keluar negara yang berisiko tinggi diserangi wabak ini. Rakyat Malaysia kini bimbang kes ini merebak ke negeri, daerah dan kampung mereka. Apa yang paling membimbangkan rakyat ialah kes ini tidak dapat dikawal lagi.
Walaubagaimanapun kita berasa sedikit lega di atas kesungguhan, komitmen dan tindakan segera yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menghalang penularan penyakit ini. Kita harap pihak kerajaan mendesak rakyat supaya menangguh dahulu hasrat bercuti, menyambung pelajaran dan menjalankan tugas ke mana-mana destinasi di luar negara.
Kerajaan juga mesti mengharamkan sama sekali lawatan rakyat negara ini ke negara yang amat berisiko tinggi wabak ini seperti Amerika, Australia dan Mexico. Begitu juga dengan negara-negara berisiko yang lain. Mencegah adalah lebih baik sebelum ianya menjadi parah.
Juragan